READING MODE  
Segalanya Berkaitan Android

Kelebihan Root Peranti Android

— Diterbitkan pada July 12, 2011

Pengenalan & Apa Itu Root

Satu terma yang sangat sinonim dengan pengguna iOS ialah ‘Jailbreak’, dimana ia membawa pelbagai fungsi tambahan. Tetapi, sekiranya anda ‘Jailbreak’ peranti iOS, sekiranya anda mengemaskini iOS anda, fungsi ‘Jailbreak’ akan hilang.

Bagi pengguna Android pula, terma ‘Root’ sudah menjadi sinonim. Sama sahaja fungsinya dengan ‘Jailbreak’ iaitu membawa pelbagai fungsi tambahan. Sudah tentu fungsi tambahan antara Android & iOS tidak sama. Pada pendapat saya, Android anda tidak akan mencapai ke prestasi yang sebenar sekiranya tidak ‘Root’.

‘Root’ akan memberi akses dan kawalan sepenuhnya terhadap peranti anda. Ia membuka ‘pintu’ kepada pelbagai perkara menarik yang boleh kita lakukan dengan peranti Android.

Jenis

Ada dua jenis, iaitu ‘Soft Root’ dan ‘Permanent Root’.  ‘Softroot’ akan membolehkan anda ‘root’ sementara sahaja dan akan hilang sebaik peranti anda dimulakan semula. ‘Permanentroot’ pula akan mengekalkan fungsi ‘root’. Ada sesetengah peranti, anda perlu menggunakan ‘soft root’ terlebih dahulu sebelum menggunakan ‘permanent root’.

Kelebihan

Seperti yang saya nyatakan di atas, ‘Root’ akan memberikan akses keseluruhan peranti anda. Kelebihan lain adalah seperti berikut:

  • Perlindungan Sistem – Anda boleh menyimpan ROM asal anda di SDCARD, dengan menggunakan fungsi ‘NANDROID Backup’. Ia sesuai untuk anda yang ingin memasang ROM baharu, tema baharu, ‘overclock’ dan sebagainya.
  • Menjimatkan Ruangan Memori Dalaman – Bagi peranti yang mempunyai spesifikasi rendah, ruangan memori dalaman adalah rendah dan tidak mencukupi bagi anda yang ingin memasang banyak aplikasi. Dengan menggunakan aplikasi APPS2D, ia membolehkan anda memindahkan aplikasi dari memori dalaman ke memori SDCARD. Selain itu, anda boleh memadam aplikasi yang anda tidak guna, contohnya HTC Peeps.
  • Menjalankan Aplikasi Khusus – Ada sesetengah aplikasi memerlukan fungsi ‘Root’. Contohnya – SetCPU, yang akan mengawal kelajuan CPU peranti anda.
  • Memasang ROM – membolehkan anda memasang ROM yang tertentu, yang kebiasaanya membawa pelbagai kelebihan dan ciri – ciri.
  • Lebih Pantas – Peranti anda akan lebih pantas. Anda boleh melajukan CPU dengan menggunakan aplikasi SetCPU

Kekurangan

Peranti anda mungkin akan rosak, sekiranya tidak mengikuti langkah – langkah dengan betul dan teratur. Sekiranya anda tidak mahir, dapatkan pandangan dan bantuan dari yang mahir.

Bagaimana?

Proses untuk ‘root’ adalah berbeza mengikut jenis dan model peranti.

Terdapat 31 komen
  1. Yup!~ dari apa yang saya survey2 memang cara root berbeza mengikut model henpon.

    • Memandangkan perkara ini tidak digalakkan pengeluar peranti, ya, warranty void.

    • kalau nak claim warranty….leh unroot jer sbnrnya..tp kalau brick…leh la wat baling anjing…haha

      personally…bg aku..either ios or android…kalau tak jb/root…tak cukup stim pakai…

      • Hehe, kalau bricked rasanya boleh hidup lagi. Flash stock firmware :D

        Root ni secara keseluruhannya memang sangat menarik dan patut dibuat jika menggunakan Android. Kita diberi hak kebebasan untuk mengakses file system dan boleh menambah beberapa fungsi tambahan yang secara asasnya tidak dibekalkan oleh sesebuah peranti tersebut.

        Contoh yang dapat dibuat di sini seperti penambahan fungsi Beats Audio. Seperti yang kita ketahui, peranti yang dibekalkan dengan fungsi Beats Audio ini sangat mahal harganya jika dibeli di pasaran. Jadi, dengan kehadiran fungsi Root, kita tidak perlu lagi untuk membeli sesebuah peranti yang dibekalkan fungsi Beats Audio kerana fungsi tersebut boleh diimplementasikan pada peranti Android yang root yang jauh lebih murah. Pendek kata, Root adalah kuasa sebenar pengguna Android.

        “Walaupun hidup seribu tahun kalau tak root Android apa gunanya?”

  2. So ade sape2 leh share link yang utk setup root dari pelbagai jenis phone?

  3. untuk pengguna HTC, boleh root atau sekurangnya unlock bootloader guna software yang HTC bagi. tapi atas risiko sendiri

    @faizma_

      • Sekarang dah tak guna HTC. Dulu senang jer. sekarang dah tak tahu macam mana..senang or tak.

  4. depends. sesetengah phone boleh unroot and flash stock balik untuk hantar warranty and sesetengah company macam sony tak kisah . dah brick abis pun still dorang terima untuk warranty

  5. ada cara untuk unroot tak incase nak claim warranty . ngee :D

  6. Hari tu saya ade buat system update kat dlm function setting dlm SG W saya ni.adakah ini dikira sebagai rooting..sebab masa saya buat tu die macam update firmware semua..adakah void waranty saya ni ek?

  7. Boleh tak ki menambah ram pada nset andoird kite?letak 4gig ke/

  8. bro ape name software yg dlm market yg boleh bace bar kod untuk andoid..

  9. bro nak tanye..nape bile saya pindahkan file Navisea papago (ayahpergi) saya ke dlm SD memory die jd xleh nk load map ek?p kl saya letakkn dlm phone memory ok la lak

  10. mcm mna nk tahu klu dh root ke blom???msih lagi bingung walau pn dh root…

  11. bro caner nak root samsung galaxy ace?
    ade kh sume installer kt dlm android akn hlang?

  12. sy pengguna sony xperia ion lt28h..br nk explore bt root nie..ade x tutorial utk pengguna xperia nie utk install cydia substrat nie..?

  13. sya nk tnye skit..phone sye tk thu dg root atau belum. .sebab bila sye pergi kedai nk buat root dia kata dh buat …dia ckp ”tengok u punye dh upgrade androind 4.2 …aii..bila sye download screenshot kat google play stroe..bila dh download bila sye nk buat screenshot dia ckp kena root fon anda belom root…so sye tk fhm g n

  14. sya nk tnye skit..phone sye tk thu dh root atau belum. .sebab bila sye pergi kedai nk buat root dia kata dh buat …dia ckp ”tengok u punye dh upgrade androind 4.2 …aii..bila sye download screenshot kat google play stroe..bila dh download bila sye nk buat screenshot dia ckp kena root fon anda belom root…so sye tk fhm g n

Komen

Nama
Web