READING MODE  
Segalanya Berkaitan Android

Pembangun Aplikasi Menyokong iOS 3 Kali Lebih Dari Android

— Diterbitkan pada December 14, 2011

Satu syarikat yang menumpukan kepada perniagaan analisis dan pengiklanan mobil, Flurry, menyatakan bahawa pembangun aplikasi lebih menumpukan untuk membangunkan aplikasi baharu di iOS terlebih dahulu sebelum Android.

Alasan yang diberikan adalah mengenai kemudahan pengguna untuk membeli aplikasi. Di iOS, pengguna perlu memasukkan data kad kredit atau ‘Gift-Card’ di akaun iTunes mereka. Ini bermaksud, setiap gajet iOS adalah sedia memudahkan pengguna untuk membeli.

Manakala bagi Android, pengguna perlu mengaktifkan Google Wallet secara berasingan. Pengalaman penulis, walaupun tetapan adalah mudah, namun fungsi ini tidak diketahui ramai.

Flurry menyatakan projek terbaharu untuk Android berkurangan pada tahun 2011, manakala untuk iOS meningkat sehingga ke 73% dari 63%. Setiap $1 yang dihasilkan oleh iOS adalah bersamaan 24 sen Android hasilkan.

 

Komen

Nama
Web