READING MODE  
Segalanya Berkaitan Android

Bagi para pengguna Xperia Arc S, Xperia Ray dan juga Xperia Neo V di Malaysia, ia kelihatan yang mana anda sudah boleh mengemaskini peranti anda kepada Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich bermula hari ini, sekaligus mengambil peluang menggunakan sistem operasi terkini daripada Google itu, disamping menggunakan fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Melalui SoyaCincau, ia dilaporkan kemaskini ini telah diperkenalkan sejak daripada minggu lepas, dan peranti keluarga Xperia yang lain dijangka akan menerimanya dalam jangka masa sebulan dua lagi, bergantung kepada betapa cepatnya Sony Mobile keluarkan kemaskini.

Jadi, bagi anda yang telah mendapatkan kemaskini untuk Xperia Arc S, Xperia Ray dan juga Xperia Neo V, jangan lupa tinggalkan maklumbalas anda berkaitan dengan kemaskini terbaru daripada Sony Mobile ini.

Komen

Nama
Web