READING MODE  
Segalanya Berkaitan Android

Apa Itu DLNA?

— Diterbitkan pada April 13, 2013

DLNA 1

Digital Living Network Alliance (DLNA) adalah satu organisasi (NGO) yang diwujudkan oleh Sony untuk membolehkan pelbagai peranti berkongsi kandungan sesuatu peranti melalui WIFI. DLNA dianggotai pelbagai syarikat yang berkaitan teknologi. Apple bukanlah ahli DLNA dan mereka menggunakan teknologi AirPlay mereka.  DLNA dan AirPlay tidak boleh berhubung antara satu sama lain.

DLNAmembers

Fungsi DLNA adalah untuk memudahkan anda berkongsi kandungan sesuatu peranti ke peranti yang lain menggunakan WIFI ataupun menggunakan LAN.

TIdak semua peranti dilengkapi dengan teknologi ini, tetapi anda boleh memeriksa samada peranti anda mempunyai DLNA di sini.

Antara peranti yang popular dan sudah mempunyai DLNA adalah PS3, PC (Windows), Android (cth: Xperia S, Nexus 7) dan lain – lain.

Teknologi DLNA adalah berasaskan UPnP untuk berhubung antara satu sama lain dan mempunyai tiga kategori iaitu “Home Network Devices”, “Mobile Handheld Devices” dan “Home Infrastructure Devices”.

Teknologi DLNA ini sangat bagus untuk kita berkongsi pelbagai lagu, gambar dan video sesama ahli keluarga di rumah tanpa memerlukan pelbagai kabel yang memeningkan kepala.

Saya akan sediakan tutorial bagaimana untuk menggunakan DLNA di peranti Android anda tidak lama lagi.

Terdapat 3 komen
  1. Tak sabar menunggu. semakin mudah berkongsi fail. tapi, makin cepat la habis kuota internet ekkk?

  2. Pingback: Tutorial Penggunaan DLNA di Android Anda | Droid.my

Komen

Nama
Web